Thursday, 17 May 2012

ww1.utusan.com.my

ARKIB : 22/11/2011
Pembeli Alam Prima tertekaPembeli Alam Prima tertekan

Seorang pembeli rumah di pangsapuri Alam Prima menunjukkan kawasan letak kereta di pangsapuri itu yang ditakungi air akibat terbiar sejak lebih setahun lalu. –Utusan/Hafiz



SHAH ALAM 21 Nov. - Isu projek rumah gagal disiapkan oleh pemaju dalam tempoh yang ditetapkan bukan lagi satu perkara baru tetapi di sebalik pelbagai usaha ‘pencegahan’ yang diambil oleh kerajaan, ia masih berlaku. Apabila berlaku masalah itu, golongan yang terpaksa menanggung kesengsaraan tentunya pembeli dan keadaan menjadi lebih memeritkan apabila pemaju berjanji menyelesaikan masalah secepat mungkin tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Paling menyedihkan, kebanyakan pembeli yang terjebak dengan kemelut itu adalah mereka yang pertama kali membeli rumah. Akibatnya, bukan sahaja impian mereka untuk mendiami rumah idaman berkecai atau tertangguh tetapi juga mereka terpaksa hidup dalam keadaan tertekan kerana dibebani dengan masalah kewangan.

Inilah kemelut yang turut melanda pembeli rumah di Pangsapuri Alam Prima, Seksyen 22, di sini sejak lebih setahun lalu. Rumah yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada tahun 2007 dan dijanjikan siap pada tahun lalu itu masih gagal diduduki oleh pembeli sehingga hari ini.

Pembeli pangsapuri Alam Prima yang terbengkalai berkumpul bagi mendesak pemaju menyiapkan segera projek itu.

Selepas gagal memenuhi tarikh siap yang sepatutnya, pembeli berkata, SPNB berjanji pula akan menyerahkan kunci rumah pada Jun lepas, namun ia tetap gagal dikotakan. Rata-rata pembeli mengakui sangat tertekan dengan keadaan itu kerana mereka harus membayar balik pinjaman bank antara RM700 sehingga RM1,300, di samping perlu membayar sewa rumah yang diduduki sekarang. Harapan mereka untuk hidup lebih selesa di kediaman sendiri masih tidak kesampaian dan mereka kini harus lagi menanti dan terus menanti. Beberapa pertemuan sudah diadakan dengan pihak pemaju tetapi masalah itu masih tidak dapat diselesaikan juga.

www.youtube.com

http://www.youtube.com/watch?v=Pth1IGs8dcQ&feature=related

SPNB Penipu - Projek Alam Prima masih gagal disiapkan 

Published on Feb 12, 2012

Video pengakuan CB-Land gagal menyempurnakan appartment Alam Prima, Seksyen 22, Shah Alam yang menyebabkan MBSA tidak dapat mengeluarkan CF. Janji SPNB kini janji tinggal janji. Janjinya kepada media, sebelum hujung bulan Januari akan dibuat penyerahan kunci, Disebabkan pembinaan tidak menepati syarat minimum yang ditetapkan oleh MBSA, kini pembeli yang tersepit... Projek Perumahan Mampu Milik kendalian Syarikat Perumahan Nasional Berhad kini menjadi beban kepada rakyat. SPNB Gagal! Satu Lagi Projek Barisan Nasional... yang GAGAL!!!

www.utusan.com.my

ARKIB : 21/12/2011
Alam Prima tunggu CFAlam Prima tunggu CF

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Pembeli rumah di pangsapuri Alam Prima, Seksyen 22 Shah Alam boleh menduduki rumah mereka mulai Januari ini selepas semua isu berbangkit sebelum ini berjaya diselesaikan.

Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh (gambar) berkata, pangsapuri itu sudah siap sepenuhnya dan kini dalam proses mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF).

Menurutnya, pembinaan pangsapuri tersebut sepatutnya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, namun kewujudan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan telah menyebabkan berlaku kelewatan.

Antara masalah tersebut termasuk isu jalan ke pangsapuri, tetapi jalan berkenaan telah pun disiapkan sepenuhnya.

“Kita kini cuma menunggu surat sokongan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan juga Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

“Apabila surat sokongan ini diperoleh, kita akan menghantar borang E pada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mendapatkan CF,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai desakan pembeli unit di pangsapuri itu supaya SPNB menyiapkan segera rumah mereka.

Kamarul Rashdan berkata, permohonan CF itu akan dilakukan pada akhir bulan ini dan apabila borang sudah diserahkan, para pembeli bolehlah mendapatkan kunci rumah masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, pembeli masih belum boleh menduduki rumah terbabit sehingga CF dikeluarkan, yang dijangka dalam tempoh dua minggu selepas permohonan dikemukakan.
Beliau memberitahu, ekoran daripada kelewatan penyerahan rumah itu, SPNB akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang layak.

“Kita akan membayar separuh daripada jumlah ganti rugi itu terlebih dahulu dan bakinya akan dibayar pada majlis penyerahan kunci rumah nanti,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Rashdan menegaskan, SPNB akan terus menunjukkan komitmen dalam membina rumah mampu milik berkualiti di negara ini.

Katanya, pada tahun ini, SPNB berjaya menyiapkan tujuh projek rumah mampu milik berkualiti di seluruh negara, sekali gus menepati sasaran yang ditetapkan.

www.aduanrakyat.com.my

Projek Alam Prima, Shah Alam

Harian Metro pada 24/01/11, kenyataan yang diberikan oleh pengarah urusan SPNB DATUK DR KAMARUL RUSHDAN SALLEH bahawa pada JUN 2011 Projek Alam Prima akan mendapat sijil layak menduduki hanya janji tinggal janji.

Saya sebagai pembeli rasa tertipu dengan kenyataan beliau. Projek itu dibangunkan pada 06 OGOS 2007, tapi sehingga kini semua pembeli masih tidak dapat menduduki rumah tersebuat seperti dijanjikan.

By: Hafidora

investandtravel.blogspot.com

Tuesday, February 15, 2011

Kondo Alam Prima, Shah Alam, Selangor









Alam Prima is a SPNB project in Shah Alam. I am still waiting for my unit to be completed. The project timeline is not quite clear until recently announce in Metro 14 February 2011 that the project will get the CF on Jun 2011. Anyway the project progress is good. The finishing at this stage is better than published in the brosur.

www.sinarharian.com.my

Najib harap MBSA segerakan CF Apartmen Alam Prima

27 Januari 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan keputusan mengenai pengeluaran sijil layak menduduki (CF) bagi projek apartmen Alam Prima di Shah Alam.

"Projek Alam Prima sudah siap, hanya menunggu CF drp (daripada) MBSA... minta MBSA menyegerakan keputusan," kata Perdana Menteri menerusi mesej Twitter beliau hari ini.
Beliau menjawab soalan seorang pengikut twitternya '@Rosmanhashimi' yang bertanya mengenai status terkini projek di bawah selenggaraan Syarikat Perumahan Negara Berhad itu yang lewat diserahkan kepada pemilik selama dua tahun.

Apartmen Alam Prima itu ialah projek Rumah Mampu Milik di Seksyen 22, Shah Alam, membabitkan pembinaan 444 unit apartmen kos sederhana. Ia mula dibangunkan oleh SPNB pada 6 Ogos 2007.

harakahdaily.net

Pembeli Apartmen Alam Prima kecewa sikap SPNB
14 Feb 2012

SHAH ALAM, 14 Feb: Pembeli Apartmen Alam Prima, Seksyen 22 Shah Alam, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) yang didakwa lepas tangan serta menyalahkan pihak lain terhadap kelewatan menyiapkan apartmen seperti yang dijanjikan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Prima, Mohd Zuhairy Rosli berkata, birpun telah beberapa kali mengadakan pertemuan namun sehingga sekarang SPNB tetap tidak dapat menunaikan seperti yang dipersetujui.
"Saya kesal dengan SPNB yang hanya gah pada nama tetapi hakikat sebenarnya kami rasa seperti dibohongi oleh mereka.
"Cara ingin menutup kelemahan mereka adalah dengan menyalahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tidak memberi kelulusan Sijil Layak Menduduki (CF)," jelasnya kepada Harakahdaily.

Ketika pertemuan dengan SPNB pada 25 Januari SPNB menurutnya memaklumkan bahawa segala kerosakan telah diperbaiki namum dalam mesyuarat dengan MBSA pada 31 Januari lalu pula, MBSA memaklumkan pihaknya tidak dapat memberi kelulusan CF kerana terdapat kerosakan pada rumah dan masih belum dibaiki sepenuhnya.

Malah kata Mohd Zuhairy, ada sesetengah kerosakan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada penghuni.
"Dalam bab ini kenapa perlu SPNB berbohong, kenapa mereka sentiasa ingin melepaskan diri dalam soal tanggungjawab mereka sebagai pemaju.

"Kalau betul belum baiki mengaku sahaja bukan meletakkan kesalahan kepada agensi lain terutamanya MBSA, kami tahu MBSA melakukan kerja mengikut aturan yang telah ditetapkan malah memang betul kalau kerosakkan tidak diperbaiki bagaimana CF ingin diberikan," sambungnya lagi.

Projek apartmen Alam Prima yang memulakan pembinaannya pada Ogos 2007 itu dijangka siap pada Jun 2011, namun sehingga sekarang belum boleh diduduki pembeli.

Selain itu juga kegagalan pihak SPBN untuk hadir berbincang bersama MBSA bagi menyelesaikan isu CF juga dikesali pembeli yang melihat ianya seoalah-olah cuba melepaskan diri dari terus dipersoal.
Ekoran itu juga, Mohd Zuhairy turut meminta penjelasan secara jujur dari Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh bilakah rumah tersebut boleh diserahkan kepada pembeli.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Alam Prima, Ahmad Salimi Nong memberitahu kebanyakan pembeli sudah membayar pinjaman bank rumah tersebut tetapi tidak dapat menduduki, malah terpaksa menanggung kos sewa rumah sementara menunggu kemasukan ke rumah baru.
"Kami bayar ansuran rumah dan dalam jangka masa yang sama terpaksa menanggung kos rumah sewa, kami bukannya mempunyai pendapatan yang tinggi untuk menanggung semua kos.

"Pihak SPNB perlu peka dengan keadaan kami, saya sendiri tidak pasti bagaimanakah kerajaan begitu yakin dengan SPNB apabila sanggup memberi SPNB projek-projek perumahan baru mahupun terbengkalai sedangkan yang ada sekarang ini pun tidak dapat disiapkan mengikut jadual," tegasnya.
Pihak SPNB pula sebelum ini pernah menafikan dakwaan bahawa projek apartment tersebut terbengkalai, malah Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron dilaporkan berkata projek itu dilaksanakan mengikut jadual.

Malah katanya, pembinaan projek tersebut dipantau pasukan khas bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti terkandung dalam perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan yang ditandatangani pada Februari 2008.

Pihaknya juga jelas Idris diberi tempoh tiga tahun untuk menyiapkan projek tersebut.

www.nst.com.my

Expedite CF for Alam Prima project: PM

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today he hopes that the Shah Alam City Council (MBSA) will expedite the issuing of the certificate of fitness (CF) for the Alam Prima apartment project in Shah Alam.

"The Alam Prima project has been completed and is only awaiting the CF from the MBSA ... the MBSA should expedite the decision," he said in a Twitter message.
Najib was replying to a question posed by a Twitter fan '@Rosmanhashimi' who had wanted to know the status of the project, developed by Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), the handing over of which has been allegedly delayed by two years.
The Alam Prima apartments are affordable housing in Section 22, Shah Alam, comprising 444 units of medium-cost apartments, the development of which by SPNB began on Aug 6, 2007. BERNAMA


property.malaysiamostwanted.com

Alam Prima, Apartment @ Seksyen 22, Shah Alam, Selangor


Project AreaAlam Prima
Property TypeApartment (15 storey)
LocationSeksyen 22, Shah Alam, Selangor
Alam Prima Apartment Seksyen 22, Shah Alam, Malaysia
Tenure of LandFreehold
PriceRM 133,699 – 326,866,771
Built-up771 – 1,725 s.f.
  • Type A 372 units Min RM143,673 Max RM167913
  • Type B 57 units Min RM133,699 Max RM154909
  • Type C 4 units Min RM323,836 Max RM326,866
  • Type D 2 units Min RM298,935 Max RM298,935
Bumi Discount7 %
Total Unit435
Completion DateAugust 2010
Websitewww.spnb.com.my
Contact No.03 2057 3333/019 2094 889
Property DeveloperSyarikat Perumahan Negara Berhad
Active Date16 June 2008

www.hmetro.com.my

e-mel anda: Projek Alam Prima bukan terbengkalai


SYARIKAT Perumahan Negara Berhad (SPNB) menjelaskan Projek Apartmen Alam Prima, Seksyen 22 di Shah Alam tidak terbengkalai sebaliknya ia dijangka siap sepenuhnya dengan memperoleh Sijil Layak Menduduki (SLM) pada Jun ini.
Pengarah Urusan SPNB, Prof Datuk Dr Kamarul Rushdan Salleh, dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya belum melanggar syarat perjanjian jual beli dan projek itu tidak pernah terbengkalai.
Katanya, SPNB juga tiada halangan bagi pembeli yang berhasrat untuk menarik diri atau membatalkan pembelian rumah mereka.

Dr Kamarul berkata demikian bagi mengulas dakwaan pengadu di ruangan e-mel anda di akhbar ini bertarikh 24 Januari lalu yang mendakwa projek perumahan itu terbengkalai.

Apartmen Alam Prima ialah projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang membabitkan pembangunan 444 unit apartmen kos sederhana dan mula dibangunkan oleh SPNB pada 6 Ogos 2007.

www.aduanrakyat.com.my

Apartment Alam Prima – SPNB tiada kelulusan CF

Aduan ini adalah berkenaan Apartment Alam Prima di Sek. 22 Shah Alam. Pemaju bagi rumah ini adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Mengikut perjanjian dengan SPNB, penyerahan kunci rumah akan dibuat selewat-lewatnya pada June 2011 selepas 2 kali penangguhan tarikh telah dibuat iaitu pada bulan Oktober 2010 dan April 2011.

Bagaimanapun, apabila pembeli mengajukan pertanyaan, pihak SPNB memberi alasan tiada Kelulusan CF yang diberikan oleh MBSA menjadi punca kelewatan penyerahan kunci dan masalah setinggan di kg. jalan kebun bunga berhadapan dengan apartment alam prima.

Walau apa pun masalah yang dihadapi oleh MBSA atau SPNB, kami pembeli mengalami tekanan dan masalah yang lebih bila kami telah mula membayar ansuran rumah di bank sejak 2 setengah tahun yang lalu.

Sila siasat. Terima kasih.
By: Azreen


www.propwall.my

Alam Prima, Shah Alam



Alam Prima is a freehold medium-cost apartment with full condominium facilities nestled in Seksyen 22, Shah Alam. It is a development project by Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), our national housing corporation, wholly owned by the Ministry of Finance.

Among Alam Prima immediate neighbors are Subang Andaman, Puri Ayu and Suria Subang. This apartment was launched from RM133,699 to RM316,766 with 7% discount for Bumiputra purchasers. The maintenance fee is tagged at RM0.14 psf.

Alam Prima comprises a single 15-storey block with 435 units of apartment. The units have built-ups range from 771 sf to 1,725 sf with 4 types to choose from. Each unit is built with 3 to 4 bedrooms and 2 to 3 bathrooms. The unit also comes with 2 car park bays.

Sited within a gated and guarded community, there are several facilities provided to serve the residents of Alam Prima. There are a swimming pool, badminton court, lift, all court and other recreational facilities.

Property Details

  • Name: Alam Prima
  • Address: Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor
  • Developer: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
  • Completion Date: August 2010 (delayed)
  • Type: Apartment
  • Tenure: Freehold
  • No. of Blocks: 1
  • No. of Storey: 15
  • No. of Units: 435
  • No. of Bedrooms: 3 – 4
  • No. of Bathrooms: 2 – 3
  • Built-up: 771 – 1,725 sf
  • Maintenance Fee: RM0.14 psf
  • Launch Price: RM133,699 – RM316,766

Layouts

  • Type A: 850 sf (3 bedrooms, 2 bathrooms) (372 units)
  • Type B: 771 sf (3 bedrooms, 2 bathrooms) (57 units)
  • Type C: 1,725 sf (4 bedrooms, 3 bathrooms) (4 units)
  • Type D: 1,621 sf (4 bedrooms, 3 bathrooms) (2 units)

Facilities

  • 24-hour security
  • Badminton court
  • Recreation facilities
  • Lift
  • Hall court
  • Swimming pool

Analysis

Alam Prima will be extended to Phase 2 development on the site next to it, named Alam Prima 2. This new phase is claimed to comprise another 646 units over a single 18-storey building. The built-up sizes start from 904 sf. The new phase was scheduled for launch in January 2010 at about RM182 psf, however the developer has still been quite about it until now.
The downside of Alam Prima is its close proximity to Carlsberg Brewery plant – just across the river next to the apartment. As most units are owned by Malays, they are afraid that the factory emits the smell of alcohol.
Besides Carlsberg plant, this apartment is also across the large Seksyen 21 cemeteries area that hosts Shah Alam Nirvana Memorial Park (Tang Villa). Right next to the south of Alam Prima, there is a Malay village, named Kg Melayu Kebun Bunga. Hence, this makes the apartment lacking of exclusivity.
Besides that, Alam Prima is just next to a river. The area has been flooded a few times before due to thunder storm. However, the developer claimed that the site has been land filled for 10 ft.

shamzuri.blogspot.com

ALAM PRIMA, SEKSYEN 22, SHAH ALAM, SELANGOR

Sesuai untuk kediaman keluarga dan kepada mereka yang ingin melabur dalam hartanah di masa hadapan, projek perumahan yang terletak di kawasan yang sedang pesat membangun ini, tentu sahaja berbaloi untuk dimiliki, dengan kemudahsampaian melalui Lebuhraya ELITE dan berhampiran dengan pelbagai hyper-market.

Hakmilik tanah: Pegangan bebas
Bayaran muka serendah RM500
Diskaun 7% Bumiputera
Yuran Perjanjian Jualbeli Percuma


*Tertakluk kepada syarat dan termaLokasi & Pelan TapakBersebelahan dengan Lebuhraya ELITE
Hanya 10 minit ke Pasaraya Besar Giant dan Carrefour

Jenis Kediaman:Apartment Kos Sederhana Jenis 'B'

Saiz rumah:771 kps

Harga:Dari RM133,699

Hakmilik tanah:Pegangan Bebas


lawatan ke tapak projek




iProperty.com

QuikPro No:NC1281

  • Address:Seksyen 22, Shah Alam, Selangor
  • Property Type:Apartment
  • Land Title:Residential
  • Tenure:Freehold
  • Listing Price:From RM133,699 - RM316,766
  • Bedrooms:3 - 4
  • Bathrooms:2 - 3
  • Total Units/Lots:435
  • Bumi Discount:7%
  • Maintenance Fee:RM0.14
  • Site Progress:40 % Completion
  • Completion Date:Aug 2010 (Expected)
  • Posted Date:08/09/2008

    • Facilities:

    • Short distance from major shopping centre’s
    • A Secure and Guarded Community – 24 hours
    • Badminton Court
    • Parking for 2 units
    • Recreation facilities
    • Lift facilities
    • Hall Court
    • Swimming Pool
    Developer's Licence No: 8311-15/01-20B/60 . (Validity:18/1/2008-17/1/2013) . Advertising Permit No: 8311-15/09/2009(01) (Validity:18/1/2008-17/1/2009) . Approval Authority Building Plan:Majlis Bandaraya Shah Alam . Building Plan Reference No:. Land Encumbrance:Charged to Malayan Banking Berhad
    Additional Information
    Alam Prima is located in the vast natural settings of Shah Alam. Through the mission of SPNB, we give a best perfect property for you. Don’t miss this opportunity property for perfectly exclusive promotion:-

  • Deposits 1% from sales price
  • 7% Discount for Bumiputera
  • Free SPA Agreement Fees (* with terms and conditions) For more information, please contact the developer @ +603-2057 3333
  • www.spnb.com.my


    Maklumat Projek
    ALAM PRIMA
    SEKSYEN 22, SHAH ALAM, SELANGOR
    Diskaun 7% Bumiputera
    *Yuran Perjanjian Jualbeli Percuma

    *Tertakluk kepada syarat dan terma

    Sesuai untuk kediaman keluarga dan kepada mereka yang ingin melabur dalam hartanah di masa hadapan, projek perumahan yang terletak di kawasan yang sedang pesat membangun ini, tentu sahaja berbaloi untuk dimiliki, dengan kemudahsampaian melalui Lebuhraya ELITE dan berhampiran dengan pelbagai hyper-market.

    Bersebelahan dengan Lebuhraya ELITE
    Hanya 10 minit ke Pasaraya Besar Giant
    dan Carrefour
    Hakmilik tanah:
    Pegangan bebas

    Jenis Hartanah




    Lokasi & Pelan Tapak