14 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 14 Feb: Pembeli Apartmen Alam Prima, Seksyen 22 Shah Alam, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) yang didakwa lepas tangan serta menyalahkan pihak lain terhadap kelewatan menyiapkan apartmen seperti yang dijanjikan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Prima, Mohd Zuhairy Rosli berkata, birpun telah beberapa kali mengadakan pertemuan namun sehingga sekarang SPNB tetap tidak dapat menunaikan seperti yang dipersetujui.
"Saya kesal dengan SPNB yang hanya gah pada nama tetapi hakikat sebenarnya kami rasa seperti dibohongi oleh mereka.
"Cara ingin menutup kelemahan mereka adalah dengan menyalahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tidak memberi kelulusan Sijil Layak Menduduki (CF)," jelasnya kepada Harakahdaily.
Ketika pertemuan dengan SPNB pada 25 Januari SPNB menurutnya memaklumkan bahawa segala kerosakan telah diperbaiki namum dalam mesyuarat dengan MBSA pada 31 Januari lalu pula, MBSA memaklumkan pihaknya tidak dapat memberi kelulusan CF kerana terdapat kerosakan pada rumah dan masih belum dibaiki sepenuhnya.
Malah kata Mohd Zuhairy, ada sesetengah kerosakan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada penghuni.
"Dalam bab ini kenapa perlu SPNB berbohong, kenapa mereka sentiasa ingin melepaskan diri dalam soal tanggungjawab mereka sebagai pemaju.
"Kalau betul belum baiki mengaku sahaja bukan meletakkan kesalahan kepada agensi lain terutamanya MBSA, kami tahu MBSA melakukan kerja mengikut aturan yang telah ditetapkan malah memang betul kalau kerosakkan tidak diperbaiki bagaimana CF ingin diberikan," sambungnya lagi.
Projek apartmen Alam Prima yang memulakan pembinaannya pada Ogos 2007 itu dijangka siap pada Jun 2011, namun sehingga sekarang belum boleh diduduki pembeli.
Selain itu juga kegagalan pihak SPBN untuk hadir berbincang bersama MBSA bagi menyelesaikan isu CF juga dikesali pembeli yang melihat ianya seoalah-olah cuba melepaskan diri dari terus dipersoal.
Ekoran itu juga, Mohd Zuhairy turut meminta penjelasan secara jujur dari Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh bilakah rumah tersebut boleh diserahkan kepada pembeli.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Alam Prima, Ahmad Salimi Nong memberitahu kebanyakan pembeli sudah membayar pinjaman bank rumah tersebut tetapi tidak dapat menduduki, malah terpaksa menanggung kos sewa rumah sementara menunggu kemasukan ke rumah baru.
"Kami bayar ansuran rumah dan dalam jangka masa yang sama terpaksa menanggung kos rumah sewa, kami bukannya mempunyai pendapatan yang tinggi untuk menanggung semua kos.
"Pihak SPNB perlu peka dengan keadaan kami, saya sendiri tidak pasti bagaimanakah kerajaan begitu yakin dengan SPNB apabila sanggup memberi SPNB projek-projek perumahan baru mahupun terbengkalai sedangkan yang ada sekarang ini pun tidak dapat disiapkan mengikut jadual," tegasnya.
Pihak SPNB pula sebelum ini pernah menafikan dakwaan bahawa projek apartment tersebut terbengkalai, malah Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron dilaporkan berkata projek itu dilaksanakan mengikut jadual.
Malah katanya, pembinaan projek tersebut dipantau pasukan khas bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti terkandung dalam perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan yang ditandatangani pada Februari 2008.
Pihaknya juga jelas Idris diberi tempoh tiga tahun untuk menyiapkan projek tersebut.

No comments:
Post a Comment