Najib harap MBSA segerakan CF Apartmen Alam Prima
27 Januari 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak
"Projek Alam Prima sudah siap, hanya menunggu CF drp (daripada) MBSA... minta MBSA menyegerakan keputusan," kata Perdana Menteri menerusi mesej Twitter beliau hari ini.
Beliau menjawab soalan seorang pengikut twitternya '@Rosmanhashimi' yang bertanya mengenai status terkini projek di bawah selenggaraan Syarikat Perumahan Negara Berhad itu yang lewat diserahkan kepada pemilik selama dua tahun.
Apartmen Alam Prima itu ialah projek Rumah Mampu Milik di Seksyen 22, Shah Alam, membabitkan pembinaan 444 unit apartmen kos sederhana. Ia mula dibangunkan oleh SPNB pada 6 Ogos 2007.
No comments:
Post a Comment