e-mel anda: Projek Alam Prima bukan terbengkalai
SYARIKAT Perumahan Negara Berhad (SPNB) menjelaskan Projek Apartmen Alam Prima, Seksyen 22 di Shah Alam tidak terbengkalai sebaliknya ia dijangka siap sepenuhnya dengan memperoleh Sijil Layak Menduduki (SLM) pada Jun ini.
Pengarah Urusan SPNB, Prof Datuk Dr Kamarul Rushdan Salleh, dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya belum melanggar syarat perjanjian jual beli dan projek itu tidak pernah terbengkalai.
Katanya, SPNB juga tiada halangan bagi pembeli yang berhasrat untuk menarik diri atau membatalkan pembelian rumah mereka.
Dr Kamarul berkata demikian bagi mengulas dakwaan pengadu di ruangan e-mel anda di akhbar ini bertarikh 24 Januari lalu yang mendakwa projek perumahan itu terbengkalai.
Apartmen Alam Prima ialah projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang membabitkan pembangunan 444 unit apartmen kos sederhana dan mula dibangunkan oleh SPNB pada 6 Ogos 2007.

No comments:
Post a Comment